Dikalangan penduduk setempat, Chen dikenali sebagai seorang pemahat batu dan pengayam buluh yang pandai berniaga. Dia juga dikenali kerana gemar minum minyak petrol. Dia mula minum minyak petrol pada 1969 apabila dia mula batuk dan dadanya terasa sakit. Setelah mencuba pelbagai ubat, penyakitnya masih tidak sembuh, dia mula mengikut petua orang tua dan minum minyak tanah.
Penyakitnya sembuh, dan sejak hari itu, dia mula ketagih minyak tanah. Dia kemudian berubah selera dan minum minyak petrol pula. Kata Chen sukar untuk dia menganggarkan berapa banyak minyak petrol yang diminumnya sepanjang hidupnya, tetapi menurut sebuah akhbar, Chen telah minum sekurang-kurangnya 1.5 tan minyak petrol sejak 42 tahun.
Isteri Chen, Yuan Huibi dan tiga anak lelaki mereka, telah berkali cuba untuk menghentikan ketagihannya kepada minyak petrol tetapi usaha mereka menyebabkan hubungan keluarga menjadi tegang. Lapan tahun lalu, Chen terus pindah ke pondok untuk hidup sendirian.
No comments:
Post a Comment