APABILA matahari mula terbenam dan keba—nyakan kedai di Pakistan sudah ditutup, sekumpulan pencari barangan berharga memulakan hari untuk menyelongkar kawasan timbunan sampah-sarap dan lumpur untuk mencari sesuatu yang boleh mengubah nasib mereka.
Pekerjaan berkenaan memang kotor dan menjijikkan bagi sesetengah orang tapi bagi masyarakat di negara termiskin Asia, Pakistan, kerja mencari barangan kemas yang tercicir dalam timbunan sampah sudah sebati di kalangan rakyatnya.
Contoh terbaik adalah Murad Ali, 19, yang sering menemui cincin emas sepanjang bertahun-tahun bergelumang dengan lumpur dan sampah di jalanan.
“Saya menemuinya,” jerit Murad sambil tangannya menunjukkan cincin emas kecil.
“Cincin emas ini jika dijual boleh mencecah 2,500 rupee (RM96),” tambahnya sambil berlari ke paip air untuk membersihkannya.
Bagaimanapun, bukan mudah untuk menemui barangan kemas yang tercicir di jalanan kerana ia memerlukan semangat cekal tanpa jemu menyelongkar sampah-sarap dan kawasan berlumpur.
Bagi sesetengah kawasan di Pakistan, pekerjaan mencari barangan berharga di sebalik timbunan sampah-sarap dan lumpur mampu memberi rezeki untuk rakyatnya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Ini disebabkan harga emas di pasaran semakin meningkat dan terbaru, ia dikatakan mencecah sehingga RM4,800 bagi 28 gram di London, cukup membuatkan pencari barangan kemas di Pakistan tidak senang duduk.
“Saya mendapat RM267 seminggu. Ayah tidak bekerja dan menjadi penagih hasyis. Jadi, sayalah yang bertanggungjawab menyara keluarga ini,” kata Murad.
Remaja yang dibesarkan di Shah Dhand, kawasan pinggir bandar Peshawar itu meninggalkan alam persekolahan pada usia sembilan tahun dan mula bekerja setahun selepas itu.
Murad mendirikan rumah tangga ketika berusia 17 tahun dan kini mempunyai seorang anak lelaki. Walaupun tidak mempunyai pekerjaan tetap, Murad mampu menyewa rumah yang berharga RM100 sebulan.
“Pekerjaan ini tidak memerlukan kemahiran atau sijil tertentu, cukup hanya dengan usaha dan tuah.
“Ada ketika saya memperoleh banyak wang kerana pernah menemui cincin berharga RM382. Namun, ia tidaklah setiap hari, semuanya bergantung kepada nasib,” katanya.
Murad sedar pekerjaan itu menyebabkan dia mudah dijangkiti pelbagai kuman dan bakteria merbahaya daripada sampah-sarap.
“Saya sudah biasa dengan semua itu. Mandian, syampu dan minyak kini menjadi barangan penting untuk diri saya.
“Ini kerana saya tidak mahu anak saya dijangkiti kuman daripada kawasan lumpur atau sampah itu,” katanya.
Tiada siapa yang tahu jumlah sebenar pekerja yang terbabit dalam pekerjaan berkenaan. Tetapi peniaga barang kemas tempatan menganggarkan ia melebihi 100 orang terutama di kawasan utara yang sering menyaksikan pihak tentera dan pihak Taliban berbalas tembakan.
Barangan kemas terutama emas adalah simbol kebanggaan dan kekayaan bagi masyarakat Pakistan dan ia satu bidang yang besar.
Perhiasan daripada emas mempunyai peranan penting dalam sesebuah perkahwinan dan menjadi pilihan kebanyakan masyarakat untuk memakainya.
Wanita Pakistan pula akan memperoleh barangan kemas pada hari perkahwinan mereka dan ia juga dianggap sebagai perlindungan kewangan yang sangat penting.
Ia mendorong ramai peniaga membuka kedai emas di pasar terutama di kawasan Peshawar lama dan dikatakan terdapat ribuan kedai kecil lagi di kawasan sekitarnya.
Aktiviti mencari barangan kemas di jalanan atau longkang boleh berlarutan sehingga lewat malam. Ada yang mencari secara solo dan ada yang bergerak secara berkumpulan.
Menurut peniaga barangan kemas, Arifullah Khan, cincin seperti yang dijumpai Murad perlu dibersihkan dengan asid khas bagi membuang segala kekotoran dari kawasan longkang, lokasi tempat ia ditemui. Asid berkenaan mampu menghilangkan semua kesan kekotoran dan mengembalikan kilauannya.
Kata Khan, ratusan pencari barangan kemas bertumpu di kawasan Peshawar sebelum ini tetapi jumlah itu berkurangan selepas peristiwa pengeboman yang turut menjejaskan perniagaan berkenaan.
“Kami tinggal di zon perang sebenar dan memang diakui, pelanggan takut untuk ke pasar sekali gus menjejaskan perniagaan.
“Ini bukan perang kami tetapi sebenarnya perang Amerika sendiri. Pihak kerajaan Pakistan perlu berhenti daripada terus menyokong Amerika,” luah peniaga emas itu lagi.
Sementara itu, di pasar barangan kemas Andershehr, persatuan penyewa mendakwa ada kontraktor yang membayar RM765 untuk mendapatkan hak eksklusif berniaga di kawasan berkenaan.
Sebagai balasan, peniaga di pasar itu perlu mengeluarkan wang bagi mengupah pengawal keselamatan. Aktiviti untuk membersih barangan kemas itu biasanya dilakukan pada setiap hari Ahad saja.
Sebarang jenis kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan pasar itu atas faktor keselamatan. Ia sedikit sebanyak membantu pekerja daripada terpaksa membersihkan sisa lumpur atau kotoran yang ditinggalkan.
Kontraktor, Javed Masih, bagaimanapun enggan mendedahkan pendapatan sebenar yang diraihnya setiap bulan daripada perniagaan itu.
“Saya mampu meraih pendapatan yang agak lumayan. Untuk upah pekerja saja, saya mengeluarkan kira-kira RM917 tidak termasuk perbelanjaan untuk hal lain.
“Namun, perniagaan ini hanya cukup untuk menyara keluarga bukan untuk simpanan masa depan,” katanya.
Seorang pencari barangan berharga, Salamat Masih, berkata dia akan mengumpulkan segala benda termasuk lumpur, surat khabar lama dan sampah buangan di kawasan pasar itu sebelum melakukan kerja mengasing dan mencuci pada hari Ahad.
Rakannya, Fazal Rooman, 14, pula pernah memperoleh RM151 seminggu daripada pekerjaan berkenaan.
“Saya mula terbabit dalam kerja mencari barangan berharga di tepi jalan dan longkang ketika berusia tujuh tahun.
“Ia tidak memerlukan sebarang kepakaran dan hanya bergantung kepada nasib. Saya yakin, suatu hari nanti akan berpeluang menemui barangan kemas yang lebih besar dan berharga,” katanya penuh semangat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segalanya Di Sini
- 1 pemandu 4 penumpang belakang dan 1 penumpang di depan dalam perut
- 10 Pembunuh Berantai Terkejam di Dunia
- 15 Sebab Turunnya Bala
- Anjing Yang Gatal
- Badak Yang Perkasa
- Barangan Terbuang Menjadi Robet
- Basikal Pelik
- Bayi Putus Kepala Di Tarik Ibu
- Beli Kereta Dengan 300 kg Duit Syiling
- Berjalan Dan Terjuan Di Dalam Laut
- Berjayakah Dia Melompat
- Bermain Gitar Guna Kaki
- Besarnya Udang Ni
- Bila Monyet Menari hahaha
- Buli Tahap Maksimum
- Burung Tembak Guna Tahi
- Canggih Gile Rumah Ni
- Cantiknya Air Terjun Ni Opppp Apa Yang Hanyut Tu
- Cara Buat Baby
- Emas Di Sebalik Sampah
- Emma Watson Up skirt Nampak
- Fesyen Rambut Pelik
- Gambar Baby Comel
- Goyang Oh Goyang
- Honda City Hias Dengan Sampah
- Ikan Pari Terbang
- Jangan Parkir Sesuka Hati
- Jantan Durjana
- Jawatan Kosong Di Perlukan Segera
- Jom Belajar Isyarat Tangan
- Kapal Termahal Di Dunia Milik Rakyat Malaysia
- Kemalangan Pelik
- Kepala Terlekat Di Pelepah Sawit
- Kereta Buayan
- Kereta Unik Di Buat Dari Tin Minuman
- Kerusi Serbaguna
- KL GANGSTER FULL MOVIE
- Kucing Bermuka Dua
- Kumbang Muka Orang
- Lawan Kentut
- Lembu Yang Sexy
- Lompat Jangan Tak Lompat
- Menjerit Untuk Panaskan Secawan Kopi??
- Minum Minyak Petrol Selama 42 Tahun
- Motor Cross Di Buat Dari Kayu
- New 2020 Sport Car
- Otak Berumur 2500 Tahun Dijumpai
- Paling Terkecil Di Dunia Part 1
- Parking Kereta Terhebat
- Patung Kitar Semula Yang Unik
- Perhimpunan Haram: BERSIH 2.0 Sungguh Memalukan dan menyusahkan
- Pintar Betul Budak Ni
- Polis Yang Perihatin
- Porsche 911 GT3 RS Di Buat Dari Basikal
- Ribut Pasir Gergasi Meliputi Phoenix
- Rumah Cendawan
- Rumah-Rumah Yang Pelik
- Sang Semut
- Selipar Ikan
- Si Monyet Yang Bergaya
- Siapakah Budak Comel NI??
- Sultan Brunei Memiliki 7000 Kereta Mewah
- Sungai Di Atas Sungai
- Supar Car Vs Tupai
- Tak Boleh Tahan
- Tempat Yang Paling Seram Di Dunia
- Tengkorak Mona Lisa Di Temui
- Terjun Dari Bangunan Dengan Badan Terbakar
- Virus Baru Di Facebook
No comments:
Post a Comment