Perhimpunan Haram: BERSIH 2.0 Sungguh Memalukan dan menyusahkan

09/07/2011 sabtu Perhimpunan Haram: BERSIH 2.0 yang di adakan sekitar kuala lumpur...inikah malaysia??? RENUNGKAN..



INIKAH RAKYAR MALAYSIA?????


PESERTA demonstrasi Bersih 2.0 berarak di Jalan Petaling, Kuala Lumpur. Foto: Yong Chee Choong (09/07/2011 - 4.20pm)


 INIKAH SEORANG WAJAH SEORANG YANG INGIN MENJADI PEMIMPIN??


PRESIDEN Pas, Datuk Seri Hadi Awang ditahan polis ketika menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0 di KL Sentral. Foto: Amran Hamid (09/07/2011 - 3.27pm)


INILAH SALAH SEORANG WAJAH PENGANJUR DAN PEMIMPIN PERHIMPUNAN HARAM


PENGERUSI Bersih 2.0 Datuk S Ambiaga ketika menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0 di KL Sentral. Foto: Amran Hamid (09/07/2011 - 3.27pm)


LAGI WAJAH PEMIMPIN PERHIMPUNAN HARAM

Pak samad said bersama salah seorang pemimpin bersih mengadakan sidang media berkenaan BERSIH 2.0


Kawalan ketat dihadapan stadium merdeka
 PESERTA demonstrasi Bersih 2.0 di sekitar KLCC, Kuala Lumpur Foto: Lim Poh Chin (09/07/2011 - 4.32pm)
KUMPULAN Patriot turut berhimpun bagi menentang perhimpunan Bersih 2.0 di pusat bandaraya. Foto: Mohd Aneyzam Aiap (09/07/2011 - 4.12pm)
SEBAHAGIAN peserta bersih menyepak dan menumbuk kenderaan anggota keselamatan ketika ingin menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di hadapan Menara Maybank. Foto: Rosdan Wahid (09/07/2011 - 2.58pm)
SALAH seorang peserta demostrasi Bersih 2.0 membaling gas pemedih mata kepada polis. Foto: Effendy Rashid (09/07/2011 - 2.41pm)
PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 di sekitar Puduraya. Foto: Aizuddin Saad (09/07/2011 - 2.35pm)
RIBUAN penunjuk perasaan berarak dari Jalan bukit Bintang ke Dataran Maybank dalam perhimpunan Bersih 2.0 yang dijangka pada hari ini. Foto: Supian Ahmad (09/07/2011 - 1.46pm)
PENYOKONG perhimpunan BERSIH 2.0 menuju ke Dataran Merdeka dari Central Market. Kuala Lumpur Foto: Mohd Fadli Hamzah (09/07/2011 - 1.08pm)
NAK LIHAT LAGI??? 
SAKSIKAN VEDIO DI BAWAH





KESAN DARIPADA PERHIMPUNAN HARAM INI!!!!

SIAPA YANG MENJADI MANGSA???

RAKYAT!!

PENIAGA TERPAKSA MENANGUNG KERUGIAN!!

APA YANG MEREKA DAPAT DARI MENGANJUR KAN DAN MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAM NI?

TEPUK DADA TANYA SELERA..


BERITA YANG DI PETIK DARI AKHBAR TEMPATAN
Kerugian Akibat Perhimpunan Haram Dari Sektor Pelancongan Boleh Cecah RM1 Bilion 
Rabu Jun 29, 2011. KUALA LUMPUR: Perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau pada 9 Julai ini bakal menyebabkan negara kehilangan lebih RM1 bilion daripada sektor pelancongan, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Beliau berkata, keadaan tidak menentu akibat perhimpunan haram itu boleh merencatkan kehadiran pelancong sekaligus mengurangkan jumlah pendapatan sepertimana yang dicatat pada tempoh sama tahun lepas iaitu RM6 bilion melalui perbelanjaan oleh 2.2 juta pelancong.
"Berdasarkan statistik, ketibaan pelancong antarabangsa pada bulan Julai 2010 adalah sebanyak 2.2 juta dengan perbelanjaan sebanyak RM6 bilion.
"Jika perhimpunan itu telah kurangkan 20 peratus daripada pendapatan tersebut, kita sudah kerugian RM1.2 bilion, yang mana ini akan dirasai oleh semua pihak dalam industri," katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama 16 pemimpin organisasi yang terlibat dalam industri pelancongan di sini, Selasa.
Ng berkata, sebagai industri yang bergerak berdasarkan situasi dan keadaan terkini sesebuah negara, perhimpunan haram itu bakal mengganggu pilihan pelancong yang berkemungkinan memilih untuk menghindari daripada memasuki Malaysia.
Beliau berkata, kesan awal perhimpunan itu mula dirasai apabila kementerian dimaklumkan yang Persatuan Pelancongan Negara China telah berada di negara ini bagi berbincang dan mendapatkan perkembangan mutakhir perhimpunan haram itu sebelum membuat keputusan sama ada untuk membatalkan pakej-pakej percutian yang telah dibuat sebelum ini.
Katanya, perkembangan itu bakal memberi kesan negatif kepada mereka yang terlibat di dalam industri pelancongan berdasarkan perolehan hampir RM1 bilion negara yang dijana melalui perbelanjaan oleh pelancong negara itu tahun lepas.
Ng berkata, berikutan itu 16 pemimpin industri yang bertemu dengannya hari ini sebulat suara menentang sekeras-kerasnya perhimpunan haram itu dan menyarankan pihak polis melakukan apa sahaja bagi menghalang demonstrasi itu.
"Sebagai pemimpin industri pelancongan yang bertanggungjawab mereka perlu menyuarakan kekuatiran mereka dan menegaskan pendirian bahawa pihak polis perlu menghalang agar perhimpunan haram itu tidak berlaku," katanya.


Peniaga Tutup Kedai, Pelanggan Tiada Ekoran Perhimpunan Haram


KUALA LUMPUR, 9 Julai – Jika kebiasaannya terutama di hujung minggu, kawasan popular untuk membeli-belah seperti Jalan Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid Jamek akan dipenuhi ribuan manusia tetapi suasana hari ini berbeza, dengan aktiviti perniagaan yang suram serta bilangan pelanggan yang boleh dibilang dengan jari.
Hampir 90 peratus peniaga di kawasan berkenaan menutup premis perniagaan masing-masing hari ini ekoran kebimbangan mengenai perhimpunan haram.
Bagi peniaga yang tekad beroperasi bagi mencari rezeki nyata tidak berbaloi kerana tidak ramai pelanggan yang berkunjung.
Seorang peniaga buah-buahan di pasar Chow Kit, Farhan Aziz, 28, berkata beliau terpaksa juga membuka gerai buahnya bagi menghabiskan baki jualan semalam walaupun sedar tidak ramai pelanggan yang akan datang.
“Hari ini buka pun sebab nak habiskan jualan semalam, kalau tak buah-buah ni akan busuk, siapa nak beli?
“Keadaan macam ini amat menyukarkan kami. Biasa saya boleh dapat dalam kira-kira RM2,000 sehari, tapi hari ini dalam keadaan begini, mungkin nak dapat RM500 pun belum tentu,” katanya yang sudah tujuh tahun berniaga di situ.
Peniaga ayam yang hanya dikenali sebagai Dino, 28, berkata beliau terpaksa mengurangkan bekalan ayam bulat kepada 500kg daripada satu tan hari ini berikutan sambutan yang tidak menggalakkan daripada pembeli.
“Sejak buka kedai pukul 5 pagi tadi, memang tak ramai yang datang, biasanya hari Sabtu pasar ni meriah, tapi hari ini suram, kedai pun banyak tutup, hari ini nak jual seekor ayam pun susah,” katanya yang sudah 20 tahun berniaga di situ.
Pengurus Pusat Pakaian Hari-Hari, Zulfah Mahadi pula berkata perniagaan tetap diteruskan walaupun ramai pekerjanya yang menaiki bas tidak dapat datang bekerja berikutan banyak jalan yang ditutup.
“Kedai kena buka juga sebab keadaan pun masih terkawal, tapi dalam masa sama kita tetap akan berhati-hati, terima kasih kepada pihak polis yang menjaga keselamatan di kawasan ini. Kalau keadaan menjadi tegang, kita mungkin akan tutup kedai bagi menjaga keselamatan pekerja dan orang ramai,” katanya.
Song Ah Lek, 17 berkata beliau tahu mengenai situasi yang berlaku menerusi media massa dan berasa kesal dengan keadaan yang berlaku.
Bagaimanapun berikutan keadaan masih terkawal, beliau yang tinggal di Chow Kit tetap meneruskan aktiviti harian seperti biasa tetapi dalam masa yang sama akan berhati-hati.
Keadaan Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sunyi sepi memberi kelebihan kepada Long Yu, 33, yang datang bercuti ke negara ini dari Guangzhou, China.
“Saya datang untuk bercuti dengan teman wanita saya, pada mulanya dia macam takut, tapi apabila nampak polis yang berkawal di sekitar jalan ini, kami yakin keadaan adalah selamat,” katanya.
Seorang jurutera dari Terengganu, Najwa Aziz, 26 , berkata beliau terpaksa membatalkan cadangan untuk membeli belah sekiranya kedai-kedai di Jalan Masjid India tutup.
“Nampaknya banyak kedai yang tutup, kalau keadaan ini berterusan sampai petang nanti saya mungkin akan ke Midvalley, kalau tidak sia-sia sahaja kedatangan saya ke mari,” katanya yang bertolak dari Kuala Terengganu 10 malam tadi.
Dalam pada itu Penyelia Kanan Pusat Beli-Belah Sogo, Aini Ali, 30, berkata perniagaan tetap diteruskan seperti biasa walaupun jumlah jualan untuk hari ini mungkin berkurangan sehingga 70 peratus.
Mengenai keselamatan, beliau berkata pihak pengurusan telah bersiap sedia dengan pasukan perubatan untuk memberi bantuan jika terdapat pelanggan atau kakitangan yang memerlukan pertolongan cemas.
“Kita akan tutup perniagaan jika keadaan tidak terkawal,” katanya yang terpaksa datang kerja pada waktu pagi walaupun bekerja pada waktu petang.
Di Hentian Duta, ramai penumpang bas terperangkap di situ berjam-jam berikutan banyak bas tidak dapat masuk ke Kuala Lumpur disebabkan jalan masuk ke bandar raya ditutup polis.
“Jadual perjalanan tiket yang saya beli sepatutnya bertolak dari Hentian Duta ke Perlis pada jam 11 pagi. Namun, bas yang ditunggu masih tidak tiba menyebabkan bas ditunda lebih kurang satu jam. Ini merupakan masa menunggu bas paling lama yang pernah saya rasa,” kata Paulina, 20, yang berasal dari Sarawak.
Syarikat Pengusahaan Bas Perjalanan Terus Sabak Bernam-Kuala Lumpur Sdn Bhd pula terpaksa memberhentikan penjualan tiket pada pukul 12 tengah hari ini disebabkan bas syarikat itu tersangkut di Restoran Jejantas, Sungai Buloh.
Penjual tiket, Zaharah Mohd Zam, 40, berkata perjalanan bas syarikatnya terpaksa diberhentikan kerana jualan tiket yang kurang.
“Pihak pengurusan juga memberitahu perjalanan bas pada pukul 12 tengah hari ini adalah yang terakhir untuk hari ini,” katanya.



ALAHAI APA NAK JADI..MALUNYA MALAYSIA PUN ADA MACAM NI..MANA LETAKNYA NAMA NEGARA SEBAGI NEGARA YANG AMAN DAN MAKMUR?????

Oii KALAU YE PUN NAK BEREBUAT TU BUATLAH SECARA AMAN..NAK JADI PEMIMPIN AKAL TAK ADA APA LAH...


RENUNGKAN.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Segalanya Di Sini