Kapal Termahal Di Dunia Milik Rakyat Malaysia





KAPAL mewah bersadur emas ini dikatakan yang termahal di dunia dengan harganya mencecah RM15 bilion.

Kapal yang direka pereka warga Britain ini dihiasi dengan 100 tan emas, melitupi hampir separuh permukaannya. Dengan panjang kira-kira 30 meter, ia diiktiraf sebagai kapal paling unik di dunia kerana mempunyai tempat tidur yang dilitupi platinum dan mengandungi patung diperbuat daripada tulang Tyrannosaurus Rex, dinosaur maging terbesar.

Geladaknya, dewan makan dan rel penghadangnya juga dibuat daripada besi mahal, termasuk platinum.
History Supreme yang direka oleh tukang emas Liverpool, Stuart Hughes, menyebabkan kapal kemegahan pemilik pasukan bola sepak Chelsea, Roman Abramovich terpinggir.

Eclipse milik Abramovich yang sepanjang kira-kira 174 meter, dilengkapi sistem peluru berpandu serta kapal selam untuk menyelamatkan diri adalah kapal peribadi terbesar. Tetapi dengan harga RM3.75 bilion, ia tidak setanding dengan History Supreme.

Stuart, 40, yang mengambil masa tiga tahun untuk membina ‘History Supreme’ untuk seorang ahli perniagaan Malaysia berkata: “Ia mungkin projek paling besar pernah saya lakukan.” Dia sebelum ini pernah menghasilkan bekas iPhone yang dibuat daripada berlian berharga £5 juta (RM25 juta). “Saya membuat pelbagai bungkusan barangan daripada emas tetapi ini adalah projek terbesar saya sehingga ini. Dan tidak ada lain yang mungkin dapat mengatasinya selepas ini.

“Ahli perniagaan itu datang kepada kami dan bertanya sama ada kami boleh membuatnya. Dia mahu melakukannya pada sebuah pesawat tetapi ia tidak mungkin dapat terbang jika kami melakukannya.

“Lepas itu dia bertanya: ‘Boleh kami lakukannya pada kapal?’ Saya menjawab: ‘Kami akan cuba.’ “Kami hanya melakukan apa yang diminta dan gembira dengan hasilnya. Kapal itu dibina di Itali dan disiapkan sepenuhnya di Malaysia








Siapakah  tuan empunya kapal yang termahal di dunia ini?? dari berita yang saya dapat tahu ianya adalah kepunyaan salah seorang ahli perniagaan yang paling terkaya di malaysia...memang kaya gila lah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Segalanya Di Sini