Beli Kereta Dengan 300 kg Duit Syiling

Seorang ahli perniagaan mahu membeli kereta dengan duit syiling di China. Pedagang tepung, nama keluarganya Wang, tiba bersama van beliau di sebuah kedai kereta di Xianyang bandar wilayah Shaanxi pada 1 Ogos.

Beliau membuka but dan membawa turun tujuh guni duit syiling - pelbagai nilai - digunakan untuk membayar kepada penjual kereta.
"Saya ingin membeli kereta. Saya mempunyai 60,000 yuan (RM27,908) tunai," katanya, sambil menambah beberapa duit syiling seberat 300 kg.

Wang berkata dia menghimpunkan kira-kira 10,000 yuan (RM4,651) duit syiling setiap bulan daripada pelanggan termasuk pemilik kedai roti dan pengeluar mi. Penjual kereta mempunyai masalah mencari bank untuk menerima bayaran yang luar biasa itu, begitu juga bukan mudah untuk dikira. Akhirnya, dia mendapati sebuah bank yang bersetuju untuk menerima hanya 15,000 yuan (RM6,977) duit syiling. Sementara itu, Wang masih menunggu bank-bank lain untuk membantunya menyimpan wang ke dalam akaun penjual kereta. Dia tidak boleh memandu kereta yang dia mahu beli sehingga semua duit syiling beliau diterima dan dikira oleh bank-bank.

Kalau ada cita-cita nak beli kereta kumpul lah dari sekarang duit syiling macam mamat cina ni..tak mustahil bukan??? dah ada yang buat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Segalanya Di Sini